Nur Misuari atau Nurallaj Misuari yang merupakan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melalui laman FaceBook miliknya telah mempertikaikan akan kesahihan gambar-gambar yang didedahkan oleh Zahid Hamidi semalam.
Dengan meletakkan beberapa keping gambar anggota Komando Polis VAT69 yang terlibat dalam ‘Operasi Daulat’ dan juga gambar yang didedahkan oleh Menteri Pertahanan semalam beliau mempersoalkan ‘What is the truth?’..
‘Malaysian Black Commandos or Tausug Warriors?’ tulisnya lagi.
Beliau turut meminta orang ramai menjadi hakim bagi menentukan adakah kebenaran disembunyikan dari pengetahuan orang awam di Malaysia..
Semalam Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan gambar-gambar 13 mayat penceroboh? Filipina yang telah ditemui selepas pasukan keselamatan melancarkan serangan udara dikawasan persembunyian kumpulan penceroboh? Sulu di kampung tersebut.
Menteri Pertahanan menunjukkan dua gambar beberapa mayat berpakaian biru tua kepada media, terbaring dan dipenuhi dengan kotoran, sambil berkata salinan gambar tersebut akan diedarkan kepada media kemudiaannya.
Aku lebih percaya bahawa mayat-mayat yang berada di dalam kubur itu ialah Askar Sultan Sulu kerana Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menjelaskan bahawa timbunan mayat ditemui dalam satu lahad di Kampung Tanduo adalah korban dalam pertempuran yang berlaku di antara pasukan keselamatan dan penceroboh Filipina sebelum Ops Daulat dilancarkan.
Katanya, 12 penceroboh berkenaan terbunuh ketika pertempuran pada 1 Mac, namun, pasukan keselamatan hanya menemui sembilan mayat di dalam lahad tersebut, katanya. Pasukan keselamatan percaya terdapat tiga lagi mayat yang kini sedang dikesan, tambahnya ~ Malaysiakini
Bagi aku tindakan Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro itu hanyalah satu tindakan untuk melemahkan moral anggota keselamatan yang sedang bertugas disana..
Lagipun ada sumber telah mendedahkan bahawa jenis bomb yang dilancar oleh pihak TUDM dari jet pejuang mereka adalah dari jenis ‘Laser Guided Bomb’.. nak tersasar guane kalau sasaran di tandakan dari ground?
Dan hari ini pula.. Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai sultan Sulu mengakui bahawa 10 orang pengikutnya di Lahad Datu maut semasa pertentangan dengan pasukan keselamatan Malaysia manakala 10 lagi ditawan.
By the way.. apa gelaran yang sebenarnya kita patut berikan kepada Askar Sultan Sulu itu.. nak dilabelkan sebagai penceroboh.. kebanyakkan mereka dilaporkan memiliki IC..
Nak dilabel sebagai pengganas pula Hishamuddin Tun Hussein kata mereka bukan pengganas..
Habis tu nak dilabel sebagai apa?? ~ ASD




huhhh....semakin tegang bila tengok gambar ni...
ReplyDeleteJom ke sini :
Mewah : Rumah pemilik ferrari dan koleksi keretanya
Bestt : Hotel Mewah Gila Di India
Update : Keretapi Ferrari
Menarik : KWanita Terkurus Di Dunia
Popular : Senibina Menggempar Dunia
Fuyoo : Kapal Laut MEwah Gila
Seram : Menara Menyimpan Kereta
Confius : Asrama Pelajar Yang Cool Gila
Meletup : Samsung Membina Alat Perang
Meriah : Kereta Mewah Bangsa Arab
Ngeri : Telapak Tangan Putus
Dan Banyak lagi di Green Life..
depa adalah pembelot-pembelot pada negara malaysia yang ngaku islam tapi khianat bikinan mamak kutty yang juga khianat paling terlampau,tapi mamak kerala ni kebal daa ! ABU sahaja penyelamat negara dari petualang-petualang perosak !
ReplyDeletesenang saja...mereka adalah tentera setan laknattullah!
ReplyDeleteya allah ya tuhan ku.Peminpin negara malaysia ini telah terlampau banyak berdosa kepada rakyat,polis,askar dan juga negara.Kau hancurkan lah mereka ini .Mereka menipu sebodoh sebodoh nya pada rakyat jelata .Yang mangsa terutama polis dan tentera kehilangan nyawa.Ya allah ya tuhan ku kau lakhanatkan mereka ini,Mereka ini lebih teruk daripada yahudi ya allah ya tuhan ku.AMIN
ReplyDeleteBukan semudah ABC nak jatuh hukum pada org lain.
Deletesiapa cakap bukan semudah ABC?? tunggulah sahabatku..Allah Maha Berkuasa.."KUN FAYA KUN"
Deletepilihlah ketua yang ada wawasan dunia dan akhirat
ReplyDeleteBerdoa banyak2 tak buat apa pun tak jadi apa weh. Hangpa kena tengok CSI kerap ckit. nanti bila ada orang kata tak sekolah hangpa marah meroyan. Tuhan bagi akal untuk pikir dan mata untuk melihat. Skali tengok dah tau cerita katun dari seberang. Padanla hangpa selalu meroyan tak tentu pasal.
ReplyDelete