Saturday, March 30

PANAS: Gambar Shahrizat di sebelah RAJA... [Saksikan...]

Shahrizat: Saya akan berhabis-habisan untuk Nong Cik

Bekas ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Seri Shahrizah Abd Jalil berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada Ketua Umno bahagian Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin agar memenangi kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Berdasarkan pretasi ahli Parlimen sekarang, Nurul Izzah Anwar, Shahrizat berkata, pengundi Lembah Pantai kini bijak untuk membuat pilihan.

"Tanyalah pengundi-pengundi tentang prestasi pemimpin di sana. Gah sahaja semasa berkempen. Kata nak buat itu ini, lepas itu... habis.

"Insya-Allah saya sokong penuh Datuk Raja Nong Chik sebagai calon dan akan berhabis-habisan. Saya pernah ada tiga penggal, saya akan turun membantu.

"Saya percaya, pengundi Lembah Pantai dah fikir, ahli Parlimen mereka tak buat apa-apa untuk bela nasib mereka. Insya-Allah pengundi Lembah Pantai akan beri mandat pada Datuk Raja Nong Chik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama penduduk PDRM Desa Tasik di ibu negara hari ini.

Selain itu, ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU 13 kali ini, Shahrizat berkata: "Tak ada. saya tak bertanding. Tapi saya akan bersama jentera Wanita di seluruh negara," katanya.~ Malaysiakini


3 comments:

  1. Bukan tak nak buat, korang yang tak bagi buat...

    ReplyDelete
  2. Apa aja yg lembu ni ckp.....? Nong chik bila d tnyapun tak mau jwb.. Jgn ckp akan bantu.. Dua2nya sama aja... Bantu kaut hasil negara+rakyat. Hanya rakyat yg suka perasuah saja yg undi bn!!!!!!!!!! Muga LEMBU faham.

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails