Saturday, March 9

Pengakuan bapa Saiful: Apa kata Dr Haron Din, saksikan...

Pengakuan bapa Saiful Bukhari selaras ajaran Islam – Dr Haron Din

SHAH ALAM 9 MAC: Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah adalah perbuatan wajib, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Bercakap pada sidang media di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, beliau berkata seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka. .

“Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam. Merujuk kepada kebenaran lebih baik dari meneruskan kebatilan,” katanya selaku panelis forum bertajuk ‘Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?’ malam tadi.

Semalam Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, Dr Haron sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.

“Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.

“Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah,” katanya merujuk kemenangan Anwar dalam kes Fitnah II di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari lalu.~ KD


3 comments:

  1. oleh sebab dimakan sumpahlah sekarang umno dlm keadaan tak nenentu, jangan mempermudah dan mempersenda sumpah lakna yg dilafaskan, sekarang sumpah itu telah "makan tuan"

    ReplyDelete
  2. kalau setakat sumpah sempoi macam ni tak payahlah nak tengok tek itupun tersalah sebut tarikh
    betui punya karut mamat tu 28 6 26 6 memang jahanam

    ReplyDelete
  3. Ngaku muslim,tetapi bangang, bagini le jadinya..Kerajaan pun bertanggongjawab,diatas kebangang rakyat muslimnya.

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails