Monday, April 1

BONGKAR: Rambut Kak Mah takkan kembang lagi, KENAPA?? [Saksikan ulasan pejuang muda ini...]

70 peratus cawangan tak didaftar, SAMM heret Umno Baru ke mahkamah

KUALA LUMPUR 31 MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membawa kes Umno Baru sebagai parti tidak sah dari segi undang-undang ke mahkamah, kata Ketua Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika memperkenalkan ‘Gerakan Haramkan Umno’ di Dewan Auditorium KLSCAH, di sini tengahari tadi.

Badrul atau dikenali Chegu Bard berkata, pihaknya mempunyai bukti termasuk dokumen rasmi dari Pejabat Pendaftar untuk mengheret parti itu ke muka pengadilan.

Menurutnya, selepas Umno diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1988, Pejabat Pendaftar telah menghantar surat arahan kepada pimpinannya bagi penubuhan parti baru.

Arahan itu, katanya, menyebut keseluruhan cawangan yang diharamkan hendaklah didaftarkan semula di bawah nama Umno dengan tambahan perkataan ‘baru’ di belakangnya.

“Namun, hanya 30 peratus cawangan Umno yang mendaftar semula, menjadikan 70 peratus lagi cawangan Umno (Baru) secara undang-undangnya adalah cawangan haram,” ujarnya.

“Kalau mereka nak tubuh persatuan main basikal ke, kelab kancil ke, kita tak perlu besarkan sampai ke mahkamah.

“Tapi sebab mereka nak tadbir negara, jadi mereka perlu terlebih dahulu, ikut laras undang-undang dan perlembagaan,” Katanya.

Umno diisyhtihar sebagai pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988 ekoran tindakan sekumpulan ahli Umno yang mencabar keputusan pemilihan presiden parti itu pada 24 April 1987.

Secara teknikalnya, Umno yang ditubuhkan sejak 1946 telah diharamkan dan Umno yang ada pada hari ini adalah Umno (Baru) yang ditubuhkan oleh mantan presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Febuari 1988.


6 comments:

  1. UMngok..memang umngok....hahahaha

    ReplyDelete
  2. padan muka mahadir iskandar kutty...dah lama dia membodohkan ahli2 umno.. kerana dia sdn bhdkan umno utk kepentingan diri dia sendiri akhirnya `unspin` dipelantingkan kemuka dia..

    ReplyDelete
  3. Bestnya kalu mahkamah mengesahkan umno TAK SAH.

    ReplyDelete
  4. Umnongok dh memang haramjadah dah pun!!!kah kah kah

    ReplyDelete
  5. Bro... UMNO 1988 bukahlah UMNO BARU... tak tepat tu. FITNAH... UMNO 1988 adalah ....... UMNO BARU +A = UMNO BARUA!!!! Kalau ada yg tak setuju, korang punya hal. Tapi pada wa... UMNO BARUA!!!

    ReplyDelete
  6. hahaha.setuju betul ngan nama tu.umno baru+a

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails