Monday, April 29

Gambar orang kuat Amno gigit jari pulak tersebar [Saksikan KENAPA...]

Rupanya Cara Ni Najib Menang Setiap Kali Pilihanraya...

PEKAN 27 APRIL: Calon KEADILAN Pekan, Fariz Musa mendedahkan, ribuan pendatang asing dari Myanmar dan Kemboja dikesan menetap di Pekan dan mendapat pelbagai hak keistimewaan melebihi penduduk tempatan.

Katanya, penemuan ini amat mengejutkan kerana berlaku dalam parlimen yang dikuasai sekian lama oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

“Di Kampung Sungai Miang sebagai contoh, ramai warga Myanmar di situ mendapat hak keistimewaan daripada kerajaan seperti rumah, lot tanah untuk bertani dan paling dikesali pemberian kad pengenalan untuk mereka mengundi.

"Jika ada pendatang ini beragama Islam, setiap bulan akan diberikan zakat sebanyak RM600 dan kelebihan seperti ini tidak diterima oleh penduduk Pekan yang beragama Islam dan Bumiputera,” katanya kepada Keadilan Daily.

Tambah Koordinator NGO Jingga 13 itu, ketika di Merchong, beliau bertemu seorang warga emas lingkungan 60 tahun dalam sebuah rumah yang uzur tanpa bekalan air dan elektrik.

“Saya diberitahu, beliau hanya mendapatkan air dari longkang dan parit untuk kegunaan seharian dan sebenarnya masih ramai lagi penduduk Pekan mengalami kedaifan serupa.

“Menurut mangsa, caj deposit lebih RM1,000 yang dikenakan untuknya mendapat bekalan elektrik sangat jelas tidak mampu dibayar,” kata Fariz.Dalam perkembangan berkaitan, Fariz menyatakan, wujud isu warga emas lain yang dinafikan hak mendapatkan bantuan kebajikan kerana bukan ahli Umno. ~ KD


1 comment:

  1. ha ha mamakdhir ada sebab nk mencapai rakyat 70juta..ni la salah satu cara

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails