Sunday, April 14

Gempar: Orang PEKIDA buat apa diceramah Yusmadi Yusoff..?

Yusmadi akan bertanding bebas?

Penyandang kerusi parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff mungkin mempertahankan kerusinya sebagai calon bebas selepas digugurkan dari senarai PKR.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu menamakan Muhd Bakhtiar Wan Chik sebagai calon PKR untuk kerusi tersebut dan tidak mengumumkan sama ada Yusmadi akan bertanding sekali lagi.

Yusmadi dalam ucapannya kepada sekumpulan penyokong pada malam tadi berkata lambang parti yang akan digunakannya itu masih tidak dapat dipastikan, dan beliau akan meminta pendapat warga Balik Pulau sekiranya akan benar-benar bertindak demikian.

Beliau akan membuat keputusan selewat-lewatnya pada 19 April, sehari sebelum tarikh penamaan calon.

“Mereka juga bertanya kepada saya bagaimana mereka dapat bincang dengan pemimpin tertinggi parti untuk menyatakan pandangan mereka," katanya.

Selain para penyokongnya, turut hadir di kalangan 300 orang itu ialah anggota PKR, sekumpulan lelaki dengan baju Pekida, Umno, Gerakan dan Parti Rakyat Malaysia.~ Malaysiakini


11 comments:

  1. Bagus la Yusmadi Yusoff. X melatah bila diumumkn tidak dipilih sbg calon. Bincang elok2 dulu dgn kepimpinan parti dan warga2 kawasan yg diwakili.

    ReplyDelete
  2. Tak kan lah sampai nak bertanding bebas,mlm tu semasa di umnumkan yusmadi akan di bersatu tugas lain dlm kerjaan Pakatan Rakyat.jangan lah menhancurkan hasrat ke Putra Jaya.kerana tak di pilih bertanding.

    ReplyDelete
  3. Jgn la kecik hati bila tak dicalonkan semula. sepenggal sbg ahli parlimen harus dibanggakan. Pasti ada sbbnya kalau kepimpinan ambil tindakan begitu. tak dicalonkan tak bermakna pengakhiran perjuangan. kalau semua nak bergaduh pasai 'kerusi', tak payah berjuang... sikit-sikit nak kecik hati... dah jadi macam perangai BN la pulak. Tolong la fokus pada perjuangan!!!

    ReplyDelete
  4. Apa masaalah yg dihadapi beliau sehingga tidak dicalonkan semula untuk tanding dalam PRU 13 nanti?.....

    ReplyDelete
  5. sepenggal jadi mp tak de pencen ke

    ReplyDelete
  6. orang muda tapi otak umno karat...rugi!!!!

    ReplyDelete
  7. ak glemer je mamat ni. Kalau tak pasal cerita ni aku tak pernah dengar pun nama dia

    ReplyDelete
  8. arap2 citer ini x btul...tp klu btul...mmg manusia mcm ini x leh di percayai......klu pun x di tanding kan....x semstnya masuk party lain....manusia jenis apa ini....arap di laknat org2 mcm ini.........

    ReplyDelete
  9. Aku tgk kat parlimen ok jer hujah hujah dia....tapi kat rakyat jelata tu tak tau ler gamaknya...kalau dia fikir dia masih muda ada masa untuk buil up kerier tapi kene betul2 ikhlas....kalau tak iklas jadi ler mcm puak UG yang tesungkur sebelum sampai ke garisan penamat

    mcm mana cemerlangnya seseorang hanya dinilai dimana dia berakhir kelak...

    ReplyDelete
  10. kita tamk tau mgapa dsai gugurkan dia. aku rs xpatut sbb dia ada seorg yg ok dgn hujah bnas.. aku pun rs dsai juga main kroni.. keadilan serpihan umno aku xsuka pkr cuma aku skg pr

    ReplyDelete
  11. ujah2 jugak tapi khidmat ke rakyat patut utama selain intergriti

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails