Saturday, April 20

PANAS: Inilah GAMBAR dua saksi klon Anwar yang ditahan Polis...

BERITA PANAS!!! GAMBAR DUA SAKSI TERBIT VIDEO LUCAH KLON ANWAR YANG DITAHAN POLIS

BERITA ini dipetik daripada keadilandaily. Difahamkan pada waktu ini laman sesawang rasmi Keadilandaily mengalami serangan ddos dan tidak dapat di akses.

Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, sebentar tadi.

Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan kepada Keadilandaily, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.

Keadilan Daily sedang mengikuti perkembangan terkini berhubung tangkapan tersebut. ~ biaqpila


4 comments:

  1. Menjelang PRU13, kebatilan akan terserlah.Harap rakyat buka mata. Undilah PR.

    ReplyDelete
  2. knp kena tahan, alasan apa??.... mmg sama muka mamat ni dgn org dlm video tu.. kelibat mmg sebijik DS Anwar..

    ReplyDelete
  3. sama ke? hahaha

    ReplyDelete
  4. Semua salah kerajaan, salah bn, salah umno, salah ds najib, org lain semua betul jika buat salahpun Allah sudah dan akan maafkan dan rakyat juga akan maafkan kerana mereka2 itulah rakyat.................?

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails