Friday, May 17

GAMBAR Berahim Ali sedang tunjuk perasaan tersebar [Saksikan KENAPA...]

Addeh... sorang pun Perkasa Melayu tak lekat?

Kahkahkah....

NASIB PERKASAM!!! Perkasa Melayu yang bermati-matian untuk UMNO, Perkasa India yang diangkat jadi Menteri

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan pembentukan kabinet baharu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai bukti bahawa perjuangan akidah dan bangsa bukanlah merupakan agenda utama UMNO dan Barisan Nasional.

Ini terbukti apabila berisan kabinet tersebut tidak banyak mengetengahkan individu-individu yang dilihat vokal dalam isu akidah dan bangsa Melayu.

Dari sudut akidah sebagai contoh, Datuk Seri Najib jelas mengambil risiko dengan melantik Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

Beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia (Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia) adalah merupakan antara tokoh yang memperjuangan status sekolah mubaligh agar disamakan dengan sekolah kebangsaan.

Hasil perjuangan beliau juga, sebanyak RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah Bajet 2013.

DPPNK ingin mempersoalkan apakah agenda Datuk Seri Najib membawa masuk individu sebegini di dalam Kementeria Pelajaran jika tidak untuk memperkasakan lagi sekolah-sekolah mubaligh dan dalam masa yang sama tiada tokoh yang akan memperjuangkan sekolah agama rakyat?

Tidakkah ini juga merupakan tindakan berisiko untuk silibus pengajian murid-murid di sekolah kebangsaan yang pastinya akan turut menerima kesan ialah anak-anak kita semua?

Demikian juga tindakan Datuk Seri Najib membawa masuk Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy ke dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengenepikan suara-suara badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan bangsa Melayu turut dianggap sebagai umpan untuk menarik kembali undi bukan Melayu kepada Barisan Nasional.

Dalam hal ini, DPPNK ingin sekali mengetahui sikap badan-badan bukan kerajaan seperti PERKASA dan JATI yang jelas hanya dibakul sampahkan dalam pembentukan kabinet ini.


PASPB


17 comments:

  1. "DOA" Sudah Terjawab.
    "Ya ALLAH ya Tuhanku, menangkan lah BN dalam pilihan raya ini. Hamba Mu bimbang Ya ALLAH, kalau kalau surau kami ini menjadi gereja jika Pakatan menang"

    Wahai bekas hakin mahkamah Syariah, rasa nya "DOA" kau sudah terjawab melalui perlantikan kabinet baru Najib.

    Dua orang makhluk asing bernama Datuk Mary Yap Kian Ching yang merupakan Pengerusi Majlis Persekolahan Mubaligh Kristian dan P. Waythamoorthy yang mempertikan kan perlembagaan Malaysia.

    Sekarang bagaimana wahai bekas hakim yang lupa bahawa penghakiman yang pernah kamu jatuh kan dahulu tidak mengikut apa yang ALLAH perintah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita perlu ada JATI dan PERKASA untuk menyuarakan perjuangan ISLAM dan MELAYU. Janganlah kita mengutuk mereka. Jika tiada mereka siapa lagi yang mahu memperjuangkan islam dan melayu.

      Delete
  2. Kesian jati dan perkasam,... Di perkasam dan diperkosakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkasa kene rogol dgn jati dapat la anak haram hindraf dan fccmsm...kahkahkah

      Delete
  3. muka pengkhianat-pengkhianat melayu yang direject rakyat Malaysia ! yey ba ;)

    ReplyDelete
  4. Pengkianat Melayu dan Neagara = UMNO/Perkasa/Mamakthir!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. umno konon2nya mempertahankan hak2 melayu & mempertabatkan islam tapi presiden umno lantik orang yg nak menghapuskan artikel 153.

      Delete
  5. Asan Ali dan Norman Toha dari JATI gila talak kat PAS dok menyibuk pasal PAS patut jadi MB Selangor. 10 hari lepas dua ekor ni pi merata kata jangan undi PAS.

    Bghahim Ali dan Zul Kulum kena makan sumpah laknat kaki bohong dan khianat setiakawan terkojol PRU.

    Lepas ni empat-empat ekor ni mampus Najib tak percaya lagi dahlah dibayar upah banyak tapi tak ada pulangan lansung, hampes.

    Tinggal satuje tugas hakiki Perkasa dan JATI dok menyibuk buat laporan polis kat seluroh Malaysia bila UMNO kena gasak. Nilah nasib badan pakar karut.

    ReplyDelete
  6. Perkasa dan Jati ikhlas berjuaang dan tidk mengharapkan jawatan - kah kah kkah

    ReplyDelete
  7. Perjuangan untuk Melayu dan Islam dijaja hanya untuk memancing undi kerana kedua-dua isu ini boleh digunakan untuk menipu orang-orang kampung yang tidak ada maklumat dan yang hanya mendapat maklumat daripada TV 3 dan UM saja. Apabila mendapat kuasa kembali, soal Melayu dan Islam tidak dihiraukan lagi. Sebab itu Perkasa, Jati dan yang seumpamanya diam membisu.

    ReplyDelete
  8. Dh kene batang hidung baru padan muka hahahaha....

    ReplyDelete
  9. Bagulah tu dah dilantik kena GAM mulut tu dengan gam cap Gajah

    ReplyDelete
  10. jati DAN perkasa kebanyakanya kaki penipu,Allah tak redha dah mereka mengecap nikmat dunia.Insap dan muhasabah lah sebelum dijemput Illahi kealam barzah.

    ReplyDelete
  11. Dulu PEKASAM IKAN, TAPI, SEKARANG NI ADA PEKASAM KATAK PULAK......
    HE..HE..HE..

    ReplyDelete
  12. apa nak jadi daaaa......kata p.ramlee pada kwn-kwn dia....nasib rakyat kita serupa dgn nasib si labu labi.....atau juga si luncai dgn labunya.....kesian...sungguh kesian....

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails