Tuesday, May 7

TOBAT lahom PIMPINAN PR nak PANDANG ulasan neh [Baca laa...]

Kenapa PR gagal menang?

Analisisnya panjang. Sudah tentulah kerana lapan tuntutan Bersih terhadap SPR itu tidak dipenuhi. Senarai pemilih tak bersih, dakwat, undi pos, pengundi hantu, akses media dan sebagainya. Itu semua tahu.

Ternyata kemasukan pengundi hantu sedikit sebanyak dapat dipatahkan petugas. Cuma taktik pengundian awal dan undi pos gagal dikekang.

Tapi,
Kelemahan pentadbiran kerajaan PR Kedah telah menyumbang kepada kegagalan besar kemenangan sehinggakan kawasan selamat seperti Pendang kalah, Kulim-Bandar Baharu tewas. Nama-nama hebat Mat Sabu, Saifuddin Nasution, Mahfuz kalah. Bukan sedikit orang menegur kelemahan ini tetapi kedegilan menteri besar dan penyokong membuta tuli untuk mengambil iktibar akhirnya memusnahkan impian.

Juga pertindihan calon PR akibat tamak dan besar kepala merugikan. Kebebalan ini tak boleh dimaafkan.

Hari ini sudah ada desas-desus penyokong Pas minta kerusi MB Selangor kerana jumlah kerusi banyak. Kecemerlangan Tan Sri Khalid Ibrahim bukan soalnya tetapi kerusi banyak membuatkan mereka menuntut.

Bayangkan jika PR menang Putrajaya apa yang nak dituntut?
Mujur kalah.

Padan muka!

Paparon - berbangga Selangor mantap sukar digugat


22 comments:

  1. Daj menang jangan tamak. buat selagor jadi contoh negeri beraya. kekalkan khalid.

    ReplyDelete
  2. elok jugak kalah.. kalau menang nanti macam haram pulak perangai puak puak gila kuasa ni

    ReplyDelete
  3. Aku terbaca penulisan berikut:

    Tolong Be REALISTIC!Mmg PR X Akan Menang PRU13 Kali NI.Sebab...

    Oleh: MSK
    Dalam PRU 1999, orang Melayu lari meninggalkan Umno dan BN kerana kes Anwar. Terengganu terlepas ketangan PAS manakala Kelantan terus kukuh. Di Kedah, majoriti 2/3 dapat dihapuskan…tapi UBN masih dapat mengekalkan Putrajaya kerana undi orang Cina dan India. Cina, India dan SPR menjadi talian hayat kepada Umno.

    Selepas 1999, Umno tak percaya kat Melayu. Melayu tak boleh diharap…dan untuk mengekalkan kuasa, maka UBN menggunakan SPR untuk mengubah sempadan pilihanraya. Sempadan pilihanraya dimanipulasi dengan memastikan dalam setiap kawasan Parlimen atau DUN, mesti ada peratus-peratus tertentu undi Cina dan India.
    PRU 2004..Umno dan BN menang besar. Tapi masa tu mungkin kerana faktor Pak Lah. Lagi pun Mahathir yang dibenci oleh orang Melayu dah berundur.

    Nasib Pak Lah tak baik sebab isteri tersayang meninggal dunia..dan bila dapat bini baru..selalu la kerja overtime.

    Akibatnya, Pak Lah selalu tertidur dalam waktu kerja.
    Bila tiba PRU 2008, keadaan menjadi terbalik. Orang Cina dan India yang dianggap fixed-deposit bagi BN sudah berubah angin.

    Akibatnya, BN kehilangan lima negeri. Satu negeri berjaya dirampas balik dengan tipu helah.

    Tapi sekarang tak sama macam 1999. Lepas tahun 1999, Bn masih boleh mengubah sempadan pilihanraya dan menambah kerusi kerana depa masih lagi menguasai 2/3 Parlimen. Sekarang tak boleh! Undi Cina dan India pun sudah tidak boleh diharap.

    Hanya satu talian hayat yang tinggal yang boleh digunakan oleh Umno dan BN iaitu SPR.

    Selepas PRU 2008, SPr duduk termenung memikirkan apa nak buat untuk memastikan UBN terus berkuasa. Sapa yang fikir SPR adalah badan bebas untuk mengendalikan pilihanraya…mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang *******. SPR diwujudkan untuk memastikan BN terus berkuasa.

    ReplyDelete
  4. Nak tambah kerusi tak boleh. Nak ubah sempadan tak boleh. Tapi ada satu perkara yang boleh dibuat oleh SPR iaitu “Belah bahagi kawasan”.

    Benda ini dibuat sejak Jun 2009. Kalau dulu pengundi dipindahkan..sekarang lokaliti dipindahkan. Contohnya, kalau dulu lokaliti Taman Anggerik termasuk dalam Parlimen Kuala Kangsar, sekarang Taman Anggerik sudah berada dalam Parlimen Padang Rengas.

    SPR tak pindah pengundi..tapi bila lokaliti dipindahkan, maka secara otomatik pengundi-pengundi “terpindah”. oleh kerana lokaliti yang dipindahkan, maka pertambahan dan pengurangan pengundi tidak dimaklumkan dalam Daftar Pemilih Tambahan.

    Akibatnya, ramai la orang parti yang tak tau. Tup-tup..bila ada Pilihanraya Kecil..baru terpinga-pinga, “macam mana 14,000 pengundi sudah dipindahkan?”. Masa tu tak payah cakap dah..sebab bila tiba pilihanraya, apa yang SPR cakap adalah wahyu. Tak boleh dipertikaikan. Nak bising…bawa ke mahkamah. Tapi nak buat apa? pilihanraya dah habih.

    Sapa yang nak pantau apa yang SPR buat? Nak harap parti-parti politik..aku tak harap. Dulu Khalid Ibrahim pernah mengumumkan peruntukan sejuta ringgit untuk memantau SPR. apa yang dibuat dengan duit tu aku tak tau la…tapi bila nama Khalid Ibrahim sendiri kena pindah..baru ada akai!!

    SPR kata, apa yang depa buat ialah untuk menyelaraskan peta SPR dengan peta rasmi negara. Hei..SPR boleh bagi macam-macam jawapan. SPR juga kata “…menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.”
    Nak terima atau tidak jawapan SPR tu? Kalau tak mau terima..nak buat apa?

    Aku boleh terima la jawapan SPR tu sebab masa SPR buat belah bahagi kawasan dulu pun hangpa buat tak tau. Aku cakap pun bukan hangpa nak dengaq.

    Macam mana dengan kes yang ini pulak? Ini cuma satu contoh.
    Dalam PRU 2008, seramai 308 pengundi pos yang terdiri dari anggota polis dari IPD Teluk Intan mengundi dalam DUN Pasir Bedamar…manakala hanya 4 anggota polis yang mengundi secara pos dalam DUN Changkat Jong.

    Dalam PRU tersebut, DUN Pasir Bedamar dimenangi oleh DAP dengan majoriti 7914 undi..manakala DUN Changkat Jong dimenangi oleh PAS dengan majoriti 899 undi.

    Kalau hangpa jadi orang Umno..apa yang hangpa nak suruh SPR buat?
    DUN Pasir Bedamar tu mampuih pi la. Susah nak dapat balik. Tapi..daripada membazirkan undi di Pasir Bedamar..mengapa tidak dipindahkan pengundi yang dah gerenti mengundi BN ke Changkat Jong? BN hanya perlukan 450 undi baru untuk mengalahkan PAS!!

    Tapi kalau dipindahkan terus macam tu saja..nanti orang Pas tau pulak!! Jadi kena buat diam-diam. Dan yang paling selamat dipindahkan ilah undi Pos.

    ReplyDelete
  5. Langkah pertama ialah dengan menukarkan nombor kad pengenalan polis. Pasai apa ditukar..yang tu toksah risau..jawapan boleh dicipta.

    Pada akhir 2009, nombor-nombor anggota polis sudah siap ditukar didalam daftar pemilih. Masa tu orang tak perasan..sebab sapa yang nak check satu persatu?

    Masuk tahun 2010, pengundi pos yang terdiri dari anggota polis IPD Teluk intan ini ditukar ke DUN Changkat Jong. Tiba-tiba saja DUN Changkat jong mendapat 107 pengundi pos yang baru. Mai dari mana? Bukan ada balai polis baru!

    Check punya check..tengok-tengok anggota polis kat IPD Teluk Intan ditukarkan dari DUN Pasir Bedamar ke DUN Changkat Jong. Yang ni SPR nak cakap apa?

    Apakah sebahagian daripada IPD Teluk Intan sudah dipindahkan ke Sungai Kerawai dalam DUN Changkat Jong? Tak pelik ka…satu balai..tapi anggotanya mengundi di dua DUN yang berbeza?
    Kat bawah ni cuma sebahagian saja. Kalau nak senarai penuh..aku boleh bagi.



    Ini sikit saja..banyak lagi yang kita tak tau. Berapa ramai pengundi Pasir Bedamar yang telah dipindahkan ke Changkat Jong? Tu pasai aku masukkan DUN Changkat Jong sebagai salah satu DUN yang dimenangi oleh PR akan tumbang. Bukan pasai PAs tak bagus..tapi SPR punya kerja.

    Tu baru pindah pengundi pos. Macam mana pulak dengan pengundi baru? Berapa ramai pengundi baru di Perak?

    Jangan terkejut nanti kalau pertambahan pengundi baru di Perak ini lain macam. Kalau tengok gerakkerja, setiap majlis DAP depa akan buka kaunter pendaftaran pengundi baru. Tapi bila tengok statistik..kawasan DAP la yang paling kurang pertambahan pengundi baru di Perak.



    Macam mana boleh jadi macam ni?

    Tapi tengok pulak yang dibawah ni.



    SPr dah buat tak tau kat kawasan DAP sebab depa dah tak harap BN boleh menang. Apa yang depa boleh harap, ialah dengan memenangi kawasan-kawasan PKR dan PAS. Kawasan sedia ada diperkuatkan, manakala kawasan Pas dan PKR dikucarkacirkan.


    Apa yang kita nampak dalam statistik diatas hanyalah pertambahan pengundi secara keseluruhan. (jumlah sekarang tolak jumlah dulu). Tapi kalau dikaji dengan teliti lagi, baru kita boleh tau berapa jumlah yang pindah masu dan pengundi baru…dan berapa pula yang pindah keluar atau mati. Ambik contoh..di Simpang Pulai, jumlah pertambahan ialah 12.2% ataupun 4620 pengundi. Tapi berapa yang dipindah keluar dan berapa yang dipindah masuk?

    Lagi detail kita kaji..lagi banyak manipulasi SPR yang kita boleh bongkar. Kita akan tau macam mana kampung ini dipindah masuk DUN sana. Taman ini boleh dipindah masuk Parlimen sana.

    Kita mungkin ingat pengundi-pengundi kita masih sama sebab tengok jumlah pengundi masih 500 dalam satu UPU itu…tapi kita tak tau ada kemungkinan 500 yang dulu dikeluarkan dan 500 pengundi yang baru dimasukkan.

    Hangpa pi tanya depa yang teringin sangat nak jadi calon tu. Ada Daftar Pemilih terbaru tak?

    Aku yakin..ada tempat yang masih pakai Daftar Pemilih 2008. Kalau ada yang terbaru pun..ada dalam laci Ketua Cabang..
    Kalau nak tumbangkan Umno..kena tumbangkan SPR dulu. Tapi sapa nak buat kerja ni?

    Kalau takat AJK Cabang..aku tak harap. Pegang mouse pun ngetor.

    ReplyDelete
  6. Hahaha semoga PAS akan terus dgn perangai dan kepimpinan sediada terutama Azizan, HA, HT, HD...
    Hidup BN dulu kini dan selamanya..

    ReplyDelete
  7. so kesimpulannya...mustahil PR aka PAS boleh kalah di KEDAH...jgn salahkan sesama sendiri walhal punca kekalahan telah pon didalangi oleh SPR... Suruhanumno Penipu Rakyat

    ReplyDelete
  8. Inilah yang menjadi masalahnya, mereka bukan nak memenangkan parti tapi nak berebut kerusi. Kalau mereka ada otak sepatutnya kerusis MB tak perlu dipeertikaikan.. sudah jelas Selangor dibawah peentadbiran khalid telah menunjukkan prestasi yang baik maka sepatutnya diberikan mandat untuk terus menjadi menteri besar.

    Lagi pun kalau diamati dengan teliti, Dikelantan PAS memerintah, di pulau Pinang bawah DA:P maka Diselangor bagilah kepada PKR barulah adil.....kan kita cuma menag 3 negeri.... Inilah contoh yang menyebabkan disesetengah negeri... terutama dalam pertindihan parti kerana mereka cuma memikirkan tentang berebut kerusi bukan untuk mengalahkan BN....so berfukirlah secara professional.... sekarang usahakan pilihanraya kecil dapat diadakan .......cara dan bagaimana gunakan akal yang waras....

    ReplyDelete
  9. kata orang ahli PAS mudah terikut tapi sukar di BENTUK. nape ye??? sbb sistem tarbiah pas tak berkesan dan memBEKAS di hati ahli2nya.itu sebab pas bukan satu Jemaah atau harakah islam sebenar sepertiman sunnah tarbiah Nabi Muhammad SAW. Bila tak didik cara nabi tak dapatlah ahli jemaah sehebat sahabat nabi. Renunug2kan lah...

    ReplyDelete
  10. Pejuang2 PAS yang ikhlas selalunya tidak dapat berada rapat dengan pemimpin untuk menasihat. Nasihat mereka yang ikhlas tidak didengari pemimpin malah dianggap pengacau oleh kipas-kipas yang berada di tepi pemimpin menyebabkan mereka meminggirkan diri di cawangan-cawangan. Bila tiba piliharaya pejuang2 yang ikhlaslah yang bermatian di UPU mengendalikan kelancaran operasi pilihanraya tanpa rasa perit dan putus asa.

    Sebenarnya kejatuhan Kedah boleh dihidu sejak tahun kedua lagi, apabila tiada 'benefit' yang dapat diingati oleh rakyat Kedah diberikan oleh kepimpinan negeri. Malah ada usul yang memberikan faedah kepada rakyat dan memberikan pulangan undi di dalam PRU tidak menerima respon dari MB. Apa yang disembangkan oleh MB balak, balak, balak, dan dua projek meganya iaitu kuin & agrofarm, yang tidak mendapatnya 'benefit' yang dapat diingati rakyat... Jadi tidak ramai terkejut bila Kedah jatuh... sebab kejatuhan ini telah dibisik-bisik antara kawan2 secara diam-diam.

    Penentang terbuka dua exco kedah yang dahulu memang adalah berkaitan dengan kebimbangan ini. Namun kebanyakkan penyokong tegar menuduh mereka kelapaq jawatan MB, sedangkan hakikatnya mereka telah nampak result ini akan terjadi dalam PRU13. Kalau tidak masakan mereka berdua tidak dikenakan tindakan disiplin PAS Pusat sebaliknya ditempatkan kembali ke barisan exco.

    Sekarang cakap pun tak guna, selain mengharapkan DSAI mengaturkan usaha membatalkan keputusan PRU13 secara perundangan atas sebab penipuan SPR, seperti jaminan dakwat kekal 7 hari, sedangkan kebanyakkan telah hilang pada hari pertama, kejadian blackout dan sebagainya. Gerak kerja PRU14 perlu dilaksanakan kini dengan melakukan post mortem, dan mencari jalan mematahkan kelicikan SPR dan PDRM dengan undang-undang mereka sendiri. Para strategis amat diperlukan di dalam PRU14 selain tarbiyah dan pendidikan - politik Islam untuk ahli PAS terutama yang baru.

    Sikap membabi buta menerima ahli UMNO memasuki PAS tanpa memberikan mereka tempoh berehat dari UMNO (sekurang-kurangnya setahun), sedikit sebanyak merosakkan moral PAS... mereka membawa budaya UMNO ke dalam PAS. Jika dahulu ahli PAS tiada budaya berebut jawatan kerana takut dengan bebanan tanggungjawab di akhirat, namun kini ada ahli PAS yang bermuka tak malu meminta supaya dicalonkan sebagai calon PAS walaupun tak layak... bila tak terpilih ikut perangai UMNO boikot calon terpilih... suatu budaya yang amat bertentangan dengan suruhan Rasulullah SAW. Jadi tidak peliklah jika sesetengah perkara PAS seperti tidak mendapat pertolongan daripada Allah kerana tabiat seperti inilah.

    Apa pun ada hikmah disebalik kekalahan ini yang tidak diketahui kita. Kerana sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah.

    ReplyDelete
  11. Siapakah orang yang kata tu?

    ReplyDelete
  12. i. Tulisan tuan tidak bersandar fakta, jangan ikut rasa. Tuan Mahfuz menang di Pokok Sena.

    ii. Kekalahan beberapa kerusi Parlimen di Kedah, bukan sepenuhnya faktor kelemahan kerajaan PR Kedah, tetapi faktor isu Melayu yang dimainkan oleh BN berjaya menambat hati pengundi Melayu luar bandar. kawasan parlimen tersebut majoritinya melayu luar bandar.

    iii. Boleh muhasabah diri dengan kekalahan, tetapi mencanangkan salah itu pada orang itu-orang ini telah merosakkan seluruh tunjang perjuangan yang sama-sama dibina sepanjang 5 tahun lalu.

    iv. Hanya ahli/penyokong PAS yang tidak faham sahaja suka memainkan isu dan menuding jari apabila menerima kekalahan. Bermuhasabahlah diri, sebenarnya PAS telah menang dan berjaya menambat hati pengundi bukan Melayu dan juga Melayu berpendidikan. Cumanya PAS perlu lebih bekerja keras untuk menambat hati pengundi Melayu luar bandar (masih terbeenggu dengan mentaliti kemelayuan jumud dan kebendaan).

    v. Saya cadangkan hentikanlah menyalahkan sesama sendiri. Lihatlah pada kelemahan dan kekuatan yang ada, susunlah gerak kerja semula. Kekuatan PAs ialah pada gerak kerja akar umbinya yang tidak mengharap imbuhan kebendaan.

    vi. Allah bukan sahaja menguji orang yang menang. Orang yang kalah juga Allah datangkan ujian.

    ReplyDelete
  13. bersatu kita teguh....jgn hangatkan isu MB...pihak lawan tunggu masa nak kipaskan api!!! Maintain apa yg ada...baiki kelemahan...jgn tamak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak maintain apa lagi, dah jahanam... tukar je boss besar PAS Kedah kepada orang yang baru... tapi tak mau keraih kepala dan cakap besar macam yang hari tu. Kalau boleh cari yang macam TGNA dan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor... memang payah tapi kena carilah.

      Delete
  14. untuk fair and square - Patut diketahui,.,..kelantan dibawah pemerintahan PAS, P Pinang DAP, maka diSelangor sepatutnya diberikan kepada PKR baru adil kerana setakat ini Pakatan hanya ada tiga negeri yang diperintah... Dan Khalid sepatutnya terus menerajui selangor kerana prestasinya yang cemerlang membawa selangor kemercu kejayaan. maka ianya jelas adil. Jangan dok sibuk hal perkara berebut kerusi... kerana inilah sebab musababnya diKedah kecundang.

    Pasai pengundi pos patut diharamkan kerana ada unsur-unsur penipuan dalamnya. Kerana siap yang boleh memastikan yang undi pos itu betul. Di Pakistan, India dan negara-negara lain tidak pun ada undi pos kerana telah dijamin menipu. Tak perlu diadakan. Taik mengundi baiarkan nak mengundi pergi mengundi senang cerita.

    Pertindihan kerusi satu aspek yang patut difikirkan dan tidak sepatutnya berlaku . Kita perlu ingat untuk jatuhkan UMBO BN kita tidak sepatutnya berfikir tentag berebiut calon yang penting banyakkan undi dan jatuhkan BN bukan pecahkanb undi contoh diKota Damansara. kalau satu saja bertanding , yakni PKR sudah pasti kita akn memenagai kerusi itu. dicampur dengan sokongan pengundi pas ini tidfak, kerana ego, sombong nak berebut kerusi maka kerusi itu jatuh ketangan BN.

    Jadi untuk menentukan rakyat berpihak kepada paktan, mak usahakan suapy kita boleh membuat pilihanraya kecil sekali lagi.... dengan cara ap itu terpulang kepada kebijaksanan pemimpin pakatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim layak menyandang jawatan.

      Delete
  15. tolong sampaikan salam pd kepala kepala Pas, kalau rebut kerusi MB di Selangor, aku yg tegar Pas ini pun akan ikut belah. Bodoh sombong dan tak sedar diri. Aku tabik dg disiplin cina. Pas banyak menang kat selangor tu pun aku rasa kerana cina. W.pun terbanyak kerusi parlimen, tapi siang2 lagi Dap dah bagi lampu hijau kat Anwar utk ketua pembangkang. Hj Hadi tak nak ke ?

    ReplyDelete
  16. Pastikan ada pemantau dari luar. SPR tak boleh diharap, penipu kena tukar dengan yang lebih adil dan telus. Pastikan suruhanjaya diraja menyiasat hal ini. adakah pilihanray kecil sekali lagi dimana negeri-negi yang dirasakan patut diadakan pilihaneraya. Undi Pos mesti diharamkan. Penipuan kertas undi dibawa masuk patut disiasat. Lantik pemantau bebas dari kalangan yang beutral ..atau suruhanjaya diraja atau dari luar negara apbila dilakukan kiran kertas undi. Dengan itu baru kita tahu langit tinggi rendah

    ReplyDelete
  17. cikgu lah jusoh calon kalah dun pantai merdeka sombong,ajak nak luah masalah tak nak dengaq,kalah padan muka,,,hang ingat mentaliti orang kampung macam hang ka,,,walaupun aku penyokong pas,,aku tak kan sokong hang lagi,,,pru 14 nak badrul pulak,punca kedah jatuh pasai hang sama,,jadiexco takretikerja,jadi dun tak mau berkawan..kami tak kebuluq duit hang ,kami bagi lagi ada,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Lah Jusoh memang penyengap tapi bukan bermakna dia sombong... dia ramah, cuma dia tak pandai nak memulakan bicara dengan orang tak dikenali menyebabkan dia seperti kera sumbang... kelemahan komunikasi. Nak orang peramah cari Dato' Johari Abdul... YB yang cukup peramah... kalau pi kenduri kalau boleh semua dia nak salam.... jadi sapa nak ganti dia kena lebih baik dari dia.

      Ada orang tu tak dicalon pi lobi di Aloq Staq... bila Aloq Staq kata itu pilihan pusat, muka tak malu pi minta kawasancalonkan dia. Adab Islam dah tak kena... mana boleh pemimpin Islam meminta-minta dicalonkan ke sesuatu jawatan. Bila dah tak tercalon letak jawatan yang dipertanggungjawabkan, boikot UPU malah ada pengikut sampai tak keluar undi.... macam ni nak jadi pemimpin? Memang layak sangatlah Kedah kalah.

      Delete
  18. Kelantan, Kedah dah dalam gengaman pun tak jaga elokX2. Teguq buat bodoh piang.
    Perlis, Perak & Terengganu pulak tak susun saf betuiX2. Ada ka blh ada 3 kerusi kat Trgnu bertembung. Presiden buat apa kat negeri dia. Banggang. Xkan tak tau benda nak jadi sebelum penamaan calon. Eye to eye dgn Anwar. Slowtalk kasi settle. Benggong punya Presiden. Setiausaha plak lupa Allah maha kuasa. Belum mengundi dah kata 7 dah jatuh bawah Pakatan.

    La, sibuk pasai kerusi Selangor. Klu Damansara tue PAS tak kacau [BN menang dgn undi 16387, PKR 14860, PAS 7312 : Klu PKR + PAS [Majariti Pakatan Menang : 22172] , senang-senang PKR menang.

    Tulah dia. Benggong punya Presiden & ahli PAS kawasan tue. Nasib baik PJ ok dgn YB Khalid.

    ReplyDelete
  19. Dah kalah banyak kerusi, dah lingkup 1 Kedah sampai sekarang pun pemimpin PAS masih tak mahu mencari dan meneliti kelemahan PAS, kelemahan diri sendiri. Cuba cari salah SPR lah, salah UMNO mempengaruhi Melayu luar bandar lah, salah propaganda medialah, kawasan tersebut kurang pengundi cina & india lah. Persoalannya mengapa masih ramai Melayu tak sokong PAS? kalau PAS cerdik, tak lah kena tipu dengan UMNO atau SPR. Lihat DAP kenapa mereka dapat menang banyak kerusi? SPR & UMNO tak tipu mereka? Media tak provokasi mereka? atau DAP bayar org cina? Kalau PAS dan pemimpinnya cerdik gerakkerja, cerdik strategi, cerdik kepimpinan, cerdik memilih calun dan cerdik bermuafakat dengan PKR & DAP, tak lah kena tipu dgn SPR & BN. Kalau kata UMNO mempengaruhi pengundi melayu luar bandar, kenapa PAS tak pi mempengaruhi melayu luar bandar tersebut dan terangkan kepada mereka apa sebab perlunya memilih PAS dan kenapa perlu buang BN? PAS perlu memikirkan apa yg ada dalam kepala org luar pagar ni dan menyusun strategi agar dapat memikat mereka. Ni tidak... dalam dok bertarung dengan musuh, pi langgar kawan, pi hentam kawan, pi dengar cakap balaci Sg. Acheh dan Kota Damansara. Keluarlah statement bodah2 yg merosakkan matlamat PR dan keyakinan rakyat. Lepas tu org semua tak boleh persoal, tak boleh bantah. kalau komen/bantah kata tak wala'lah, fasiklah, tak taat ulamak lah, bukannya nak kaji apa yg rakyat mahu dan politically what should PAS do?. Cuba terangkan angkara siapa yg menyebabkan PAS bertanding di Sg Acheh dan Kota Damansara dan 3 DUN Terengganu?

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails