Monday, July 22

GAMBAR Zahid Hamidi yang ikhlas jadi IMAM tersebar [Tengok laa...]

Zahid Ikut Shafie Pertahan Jawatan Naib Presiden Umno

BESUT: Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan hasrat untuk mempertahankan jawatanya pada pemilihan parti itu tahun ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak berminat untuk menawarkan diri bertanding bagi jawatan yang lebih tinggi daripada kedudukannya kini.

"Saya akan pertahankan jawatan. Saya tidak akan bertanding jawatan lebih tinggi mahupun yang lebih rendah," katanya pada sidang media di Markas Tektikal (Martek) Polis di sini, Ahad.

Sebelum ini Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pendirian yang sama iaitu mahu terus mempertahankan jawatan.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut dikatakan mahu mengekalkan kedudukannya.

Sementara itu ditanya mengenai kemungkinan jawatan berkenaan bakal menyaksikan persaingan yang sengit, Ahmad Zahid berkata, mereka terbuka untuk menghadapi persaingan.

"Kami terbuka, siapa yang rasakan mereka layak untuk bertanding...dipersilakan.

"Kami sedia berhadapan dengan cabaran jika ada," katanya.


7 comments:

  1. yang baju pink takbir tak lepas-lepas tu mat maslan ka? nampak mcm dia...kih..kih..kih...gaya mesti mau..

    ReplyDelete
  2. Betul le en. putat. memang mat maslan le tu. Berkali kali angkat takbirtul. Asyik lupa niat solat je...hehe. Tapi gaya memang ada tuuuu...hehe

    ReplyDelete
  3. Puak2 ni kalau jd imam, apa dia rasa diri dia ni sempurna ka.. dgn pelbagai rekod buruk yg diketahui umum. Apa dia tak rasa malu pada diri sendiri apalagi yg maha esa.Aku betoi2 pelik. Tak usahlah pergunakan agama utk menyucikan imej diri atau nak tutup pekong.Bukan calang2 org boleh jd imam.Kalau sumer org boleh jd imam, samseng taik judi, kaki botol pun boleh.Tapi keberkatan solat tu mcmana? Utk para jemaah, nak sembahyang berimam biarlah org yg betol2 layak & memenuhi kriteria bukan kerana dia VVIP.

    ReplyDelete
  4. HE!HE!HE!

    IA TETAP TAK DAPAT LAWAN KEIKHLASAN NIK AZIZ KAN !!

    ReplyDelete
  5. Betulke fatihahnye tuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bongkaknya kamu. Allah tak suka org yg bongkak dan takabur.

      Delete
  6. Apa taraf anda di sisi Allah untuk menilai niat dan amalan orang lain?

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails