Saturday, July 27

TERKINI di Mesir...


(Puluhan ribu penyokong Morsi berarak ke Dataran Raba'ah malam tadi untuk himpunan Jumaat Furqan hari ini)


Mesir: 280 terkorban, 7000 cedera sejak rampasan kuasa tentera

MESIR: Bantahan terhadap rampasan kuasa Presiden Mesir yang sah Dr Muhammad Morsi yang masuk minggu ketiga, telah menyaksikan ratusan terkorban ditangan tentera yang dipimpian jeneral Abdul Fatah Al-Sisi.

Menurut sumber Ikhwan Muslimin, jumlah korban di kalangan penyokong Morsi mencecah 280 orang manakala lebih 7000 cedera dalam beberapa siri serangan tentera terhadap kumpulan penyokong yang berhimpun secara aman di beberapa kawasan.

Paling ramai mencatat angka korban adalah pada tragedi "Subuh Berdarah" 8 Julai lalu ketika penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik diserang polis dan tentera Mesir dengan peluru hidup ketika sedang menunaikan solat Subuh.

Dalam insiden itu lebih 50 dilapor terkorban manakala 300 lagi cedera.

Selain itu juga, sejumlah 800 lagi termasuk pimpinan tertinggi Ikwan Muslimin, pemimpin kumpulan parti Islam lain, ulama dan rakyat biasa yang bersolidariti menyokong Morsi, ditangkap dan ditahan oleh pihak tentera.

Biarpun berdepan pelbagai tekanan oleh pemerintah sementara khususnya pihak tentera, himpunan menyokong Morsi tidak pernah berkurang malah sentiasa bertambah dari masa ke masa.

(Penyokong Morsi sedang menampal poster tertulis "Akan pulang ke istanamu, Akan pulang kepada rakyatmu")

Kini masuk minggu ketiga mereka berkampung dan tidak berganjak dari tempat himpunan yang menjadikan Dataran Raba'ah sebagai pusat tumpuan.

Hari ini sekali lagi himpunan besar-besaran akan berlangsung di sini bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa dan desakan agar Morsi dibebaskan dari tahan tentera dan dikembalikan sebagai presiden.

Himpunan hari ini digelar himpunan "Jumaat Furqan" atau "Jumaat Pembeza".

Biarpun himpunan rasmi akan berlangsung selepas Jumaat hari ini, namun sejak malam tadi Dataran Raba'ah telah dipenuhi oleh penyokong Morsi.

Di sebelah pihak tentera pula, mereka juga menyeru rakyat untuk turun berhimpun di Dataran Tahrir sebagai memberi mandat kepada mereka menggunakan segala kekuatan untuk mengekang dan menyuraikan himpunan penyokong Morsi.

Banyak pihak melihat seruan himpunan oleh tentera ini sebagai cara mendapat persetujuan untuk membuat "pertumpahan darah" bagi menyuraikan penyokong Morsi.

Dalam pada itu, perkembangan terkini di Mesir menyaksikan Kelab Hakim Mesir memecat 75 ahlinya yang mengumumkan sokongan mereka terhadap Morsi.


1 comment:

  1. Dari semalam hingga hari ini angka yg terkorban mencecah 75 org. Paling teruk sesiapa yg berjanggut akan menjadi sasaran penyokong tentera tetapi sesiapa yg berjangut dan memakai Salib akan terkecuali. Seban hari saya mendapat mendapat berita terus dari saudara2 seislam saya diMesir melalui skype. Dari mereka semua menyatakan adalah mustahil Dr Morsi akan kembali kekerusi President kerana tentera terlalu kuat. Saya sertakan perbualan saya sebentar tadi dgn salah seorg saudara saya disana. Maaf kerana english beliau tidak berapa baik.
    [3:13:58 PM] mohamed Yousef: hi norma ,
    [3:14:15 PM] norma_yuna: salam.. hello
    [3:14:59 PM] norma_yuna: what is the hell happen in egypt. so many people die
    [3:15:12 PM] norma_yuna: what is this sisi 've done?
    [3:15:21 PM] mohamed Yousef: 75 until now
    [3:15:27 PM] norma_yuna: killing all the innocence people
    [3:15:56 PM] norma_yuna: 75 people die??? This sisi laknatullah enjoy killing own people?
    [3:17:03 PM] norma_yuna: did sisi muslim? if he muslim, what kind of Islam he followed? Syiah??
    [3:17:17 PM] mohamed Yousef: not only that no beard man been able to walk on the streets yesterday
    [3:19:26 PM] norma_yuna: Until now u didnt go out from your home?
    [3:19:50 PM] mohamed Yousef: i went vist my mum yesterday only
    [3:20:09 PM] norma_yuna: do u think they will return the power to Morsi?
    [3:21:02 PM] mohamed Yousef: that will never happen
    [3:21:23 PM] mohamed Yousef: and mosri today is in cell, it's done
    [3:23:20 PM] mohamed Yousef: one of my family was telling me yesterday if u have beard but wearing a cross no one will touch you.
    [3:26:50 PM] mohamed Yousef: it's not the sisi topic now , it's about egyptian people now. they doesn't accept anyone belong to muslims shape, beard, jilbab, or some thing like that
    [3:28:05 PM] norma_yuna: means egypt people want secular country instead of muslim country
    [3:28:48 PM] mohamed Yousef: some thing near for that not exactly. they want el azhar with no beard, no shyekh who reminding them that is right or wrong
    [3:29:46 PM] mohamed Yousef: just to be called muslims but don't do any thing. Says u r muslim, no niqap, no anything about muslim.

    ReplyDelete

Suka hampa la nak komen ka tak... dan, aku punya suka la nak publish ka tak...

Mau dok ingat, yang berahi sangat nak memaki orang berkarung-karung tuh, sila ke blog pecacai Umno okey... Sebab blog pecacai Umno memang dicipta untuk maki makian, terima kasih.

Hehe...

Related Posts with Thumbnails